PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

MINIT MESYUARAT PANITIA  KEMAHIRAN HIDUP

Tarikh:    19 Januari 2012
Masa:      1000-1030
Tempat:   Bilik Mesyuarat SK Tanjong Apong
Kehadiran: 1.Cikgu Junaidi bin Hassan  ( Penolong Kanan Kurikulum)
                      2. Cikgu Mariam Mohd Kamal ( Ketua Panitia )
                      3. Cikgu Taib bin Ahmad ( Setiausaha )
Agenda: 1.Ucapan Alu-aluan Pengerusi
                2.Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
                3..Carta Organisasi
                4.Visi dan Misi
                5.Pancangan Pelajaran Tahunan dan Harian
                6.Aktiviti
                7.Peralatan  Kemahiran Hidup
                8..Hal-hal lain.
Bil
Agenda/Perkara
Tindakan
1.
1.1 Ucapan alu-aluan pengerusi.

1.1.1Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan semua guru yang mengajar Kemahiran  Hidup.


2.
2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 .1 Cikgu Taib -Pencadang
2.1.2 Cikgu Junaidi- Penyokong

Makluman Guru
3.
3.1 Carta Organisasi

3.1.1 Pengerusi memaklumkan carta organisasi Panitia Kemahiran HIdup.
Penasihat


Puan Rohani bt Naneng( Guru Besar )
 


Ketua Panitia
Cikgu Mariam bt Mohd Kamal
 


Setiausaha
Cikgu Taib bin Ahmad
 


Ahli
Semua Guru Kemahiran Hidup
Makluman Guru
4.
4.1  Visi

Ø  Bersatu Untuk Kecemerlangan
4.2 Misi

Ø  Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Ø  Penglibatan semua pelajar dalam aktiviti pembelajaran Kemahiran Hidup.
Ø  Memastikan murid dapat mengikuti kemahiran yang diajar.
Ø  Memastikan murid berasa seronok dalam setiap pengajaran yang diajar.



5.
5.1 Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian

5.1.1  Pengerusi mengingatkan  kepada semua guru KH bahawa  mata pelajaran Kemahiran Hidup perlu perancangan yang lebih teliti ,lebih-lebih lagi peruntukan  masa cuma 60 minit dalam seminggu, dengan isi kandungan yang luas.

5.1.2 Rancangan Tahunan hendaklah dirancang  berpandukan  Sukatan dan Huraian Sukatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.1.3 Pengisian Rancangan Harian guru-guru boleh meringkas tulisan mungkin ruangan dalam buku persediaan mengajar yang agak terhad  kerana keseluruhannya  guru mengajar lebih daripada dua mata pelajaran.

(i) Bidang
(ii) Unit
(iii) Tajuk Pembelajaran
(iv) Hasil Pembelajaran
(v) Objektif Pembelajaran


Makluman Guru
6.
6.1 Aktiviti

6.1.1 Pengerusi meminta kerjasama  semua guru KH dan mata pelajaran lain untuk merancang aktiviti di luar masa pengajaran dan pembelajaran sebagai pengukuhan dan pengetahuan pembelajaran murid-murid.

6.1.2 Antara aktiviti-aktiviti cadangan ialah:

Ø  Projek Tanaman Sayuran
Ø  Menanam Tanaman Hiasan
Ø  Menggalakkan setiap kelas Tahap 2 mempunyai akuarium  sendiri.
Makluman Guru
7.
7.1  Peralatan Kemahiran Hidup

7.1 .1Pengerusi mengingatkan peralatan peminjaman  alatan KH hendaklah direkodkan.

Makluman  Guru
8.
8.1 Perkara-Perkara Lain

8.1.1 Mengadakan ujian semester  dan penilaian  bagi   Pengajaran Kemahiran Hidup. 


Makluman Guru
9.
9.1 Ucapan Penangguhan

9.1.1 Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali pertama 2012 ditangguhkan pada jam  1030 pagi dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi majlis.                     
                              





0 tinggalkan Comments Anda: