Minit Mesyuarat Panitia Sains 2012

   

Masa                     : 2.00 – 3.30 petang
Tempat                 : Bilik Mesyuarat
Tarikh                   : Selasa, 17 Januari 2012
Kehadiran           : Pn Rohani Binti Naneng, En Taib Bin Ahmad, En Jidi Ak Nyoher, En Malek Bin Baie, En Wahab Bin Batu.


Bil
Agenda / Perkara
Tindakan / Catatan
1.0
Ucapan Ketua Panitia
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama menghadirkan diri dalam mesyuarat Panitia pada tahun ini.

2.0
Ucapan Aluan Guru Besar
Guru Besar menyampaikan ucapan aluan kepada semua ahli mesyuarat dan berharap perbincangan yang akan dibuat akan berjalan dengan lancar dan membuahan hasil yang bernas demi untuk kebaikan Panitia Sains pada tahun ini.
Beliau berharap juga Panitia pada tahun ini akan lebih meriah dengan aktiviti tahunan yang lebih menarik dan berkesan


Semua ahli mesyuarat
3.0
Penubuhan Jawatankuasa Panitia Sains SK Tanjong Apong 2012

Pengerusi : Pn Rohani Binti Naneng (GB)
Timbalan Pengerusi : En Junaidi Bin Hassan(PK1)
Setiausaha : En Taib Bin Ahmad
Ketua Panitia Sains : En Taib Bin Ahmad
AJK
Penyelaras Peka : En Taib Bin Ahmad
Penyelaras Bilik ETEMS :
Guru Mata Pelajaran Sains: Tahun 1: En Jidi Ak Nyoher
Tahun 2: En Jidi ak Nyoher
Tahun 3: Pn Rohani Binti Naneng
Tahun 4: Pn Rohani Binti Naneng
Tahun 5: En Taib Bin Ahmad
Tahun 6: En Taib Bin Ahmad
Penyelaras Pondok Sains : En Wahap Bin Batu


Rujuk Lampiran
4.0
Fail-fail Panitia Sains
1. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
Diharapkan semua guru mata pelajaran menyimpan Huraian Sukatan Pelajaran ke dalam fail yang telah disediakan untuk kemudahan rujukan di masa akan datang.

2. Keputusan Peperiksaan / Ujian
Pada tahun ini kita bercadang memantau pencapaian setiap tahun untuk penambahbaikan P&P mata pelajaran sains. Setiap markah peperiksaan utama seperti pepriksaan tengah tahun dan akhir tahun disimpan di pamerkan dalam bentuk graf.

3. Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti
Setiap meyuarat dan perbincangan dalam panitia sains akan direkodkan dan disimpan di dalam fail khas untuk rujukan masa akan dating.

4. Peralatan dan Bahan Sains
Semua ahli digalakkan untuk menggunakan peralatan sains dan matematik

5. PEKA Sains
Modul Peka Sains dalam bentuk softcopy boleh didapat di computer sekolah. Guru-guru yang terlibat (tahun3,4,5,6) perlu membuat terjemahan mengikut keperluan guru. Terdapat lapan eksperimen minimum untuk drekpdkan di dalam borang yag telah disediakan.


5.0
Perancangan Aktiviti Sepanjang Tahun 2012
1. Pertandingan Bercerita Sains Dalam Bahasa Inggeris
2. Pameran Sains dan Matematik
3. Kuiz Sains dan Matematik
4. Sukaneka Sains dan Matematik
5. Gotong Rotong( Kebersihan)
6. Lawatan Sains dan Matematik
7. Khemah Motivasi Sains dan Matematik
8. Melabel Tumbuhan sekitar sekolah.





Murid Tahun 6

Sepanjang Tahun

6.0
Penggunaan Peralatan ICT Sekolah
Penggunaan Bilik PAS
- Penggunaan sepenuhnya untuk tujuan PnP dan pencarian maklumat akan dilaksanakan selepas surau baru beroperasi (semua barang-barang surau dipindahkan).
- Jadual penggunaan mengikut kelas akan dibuat untuk kemudahan perancangan persediaan Juruteknik dan pemantauan.
- Penggunaan mesti dicatatkan di dalam buku rekod yang telah disediakan
-
Penggunaan projektor
- Semua guru Sains digalak untuk menggunakan kemudahan ICT terutamannya Projektor, TV, dan Laptop untuk tujuan PnP dan juga mencatat penggunaan dalam buku rekod yang telah disediakan.




Cikgu Taib Bin Ahmad
Cik Roslina






Cikgu Taib Bin Ahmad
Cik Roslina
7.0
Hal-hal lain
7.1 Penggunaan Sudut Mata Pelajaran di belakang kelas.
Guru mata pelajaran digalakkan untuk menggunakan papan tersebut untuk menampal ‘Mind Map’ bagi meningkatkan keberkesanan proses PnP.

7.2 Kelab Sains dan Matematik
Aktiviti Kelab Sains dan Matematik secara langsung di bawah Panitia Sains dan Panitia Matematik.



Guru Mata Pelajaran Sains



Penasihat kelab Sains dan Matematik
8.0
Ucapan penutupan Guru Besar
Beliau mengucapkan terima kasih di atas idea-idea terbentuk hasil perbincangan dan kerjasama semua yang hadir dengan harapan semua perancangan tersebut akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

9.0
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang


 

Catatan dibuat oleh:
………………………………………….

Ketua Panitia Sains
(Taib Bin Ahmad)


0 tinggalkan Comments Anda: