| MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU | |||||||
| HARI | : | Isnin | |||||
| TARIKH | : | 16 / 01/ 2012 | |||||
| MASA | : | 1300 | |||||
| TEMPAT | : | Bilik Mesyuarat SK. Tanjung Apong | |||||
| | | | |||||
| AGENDA | PERKARA | TINDAKAN | |||||
| 1 | Ucapan Alu-aluan daripada Ketua Panitia / Pengerusi Mesyuarat | Semua yang hadir | |||||
| 1.1 | Encik Md. Kelana selaku Pengerusi Mesyuarat, mengucapkan terima kasih di atas kehadiran para ahli Panitia Bahasa Melayu | ||||||
| 2 | Perlantikan Semula Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu | ||||||
| 2.1 | Semua yang hadir bersetuju untuk melantik semula AJK Panitia Bahasa Melayu SK. Tanjung Apong 2012 seperti yang berikut: | ||||||
| | Pengerusi | : | En. Mohamad Kelana bin Mat | ||||
| | Setiausaha | : | Cik Mariam Mohamad Kamal | ||||
| | Bendahari | : | Pn. Dyg. Rosni Awg. Che | ||||
| | AJK | : | En. Yusuf | ||||
| | | : | En. Wahab Batu | ||||
| | | : | En. Ikwan Dahlan | ||||
| | | : | Pn. Suriani Mohd Kameri | | |||
| 3. | Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) | Guru BM setiap kelas | |||||
| 3.1 | Cik Mariam menyarankan semua guru BM mendapatkan RPT yang terbaru dari internet | ||||||
| 3..1 | En. Malek meminta semua guru B. Melayu agar melengkapkan ruangan “Refleksi” pada setiap P&P | ||||||
| 3.2 | Penyemakan Buku Latihan Murid | ||||||
| 3.2.1 | En. Ikhwan sekali lagi mengingatkan guru-guru BM agar menyemak buku latihan murid pada masa-masa yang terluang [disegerakan jika mampu] | ||||||
| 3.2.2 | Semakan hendaklah disertakan dengan catatan berbentuk motivasi (sama ada diberi gred/markah/kata-kata perangsang), bukan hanya sekadar mencatatkan tarikh buku disemak. | ||||||
| 3.3 | Masalah P&P | Semua guru | |||||
| 3.3.1 | Semua bersetuju bahawa masalah-masalah berkaitan P&P dalam setiap kelas akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang. | ||||||
| 3.4 | Penyediaan Kertas Ujian | Guru BM setiap kelas |
| 3.4.1 | Kertas Ujian Bulanan | |
| 3.4.1.1 | Semua ahli sedia maklum dan setuju bahawa soalan-soalan untuk ujian bulanan berasaskan pada kemahiran yang telah diajar sahaja. | |
| 3.4.1.2 | Format Kertas Ujian Bulanan adalah berdasarkan UPSR untuk Tahap 2, manakala untuk Tahap I, perlu juga disediakan ujian pemahaman dan Penulisan namun dalam bentuk-bentuk yang lebih mudah mengikut aras kemahiran murid dan kemahiran yang telah diajar. | |
| 3.4.1.3 | Jumlah soalan Ujian Bulanan adalah tidak terikat pada jumlah soalan sebenar UPSR. | |
| 3.4.2 | kerrtas Ujian Penggal | |
| 3.4.2.1 | En. Wahab mencadangkan supaya Format Tahap 1 dan Tahap 2 dibuat seragam iaitu mengikut Format UPSR. Namun begitu, aras untuk Tahap 1 mesti bersesuaian dengan kemahiran yang telah diajar. | |
| 3.5 | Aktiviti Tahunan | Semua Guru BM dan AJK yang akan dilantik |
| 3.5.1 | En. Wahab mencadangkan agar Pertandingan Bercerita Tahap 2 diteruskan. Kali ini Tahap 1 juga dilibatkan. Manakala Kuiz Bertulis diadakan untuk murid Pra-Sekolah. | |
| 3.5.2 | En. Kelana mencadangkan dijalankan Peraduan Menulis Karangan untuk Tahap 2. | |
| 4 | Hadiah untuk setiap aktiviti | |
| 4.1 | Sumber | |
| 4.1.1 | Akan dibincangkan dengan pihak sekolah dan PIBG | |
| 4.2 | Bentuk / jenis hadiah | |
| 4.2.1 | Akan dibincangkan semula dalam mesyuarat aktiviti nanti | |
| 5 | Hal-hal Lain | |
| 6 | Penangguhan Mesyuarat | |
| 6.1 | En. Malek mohon mesyuarat ditangguh, disokong oleh En. Ikwan. Mesyuarat ditangguh pada jam 1355. | |
| Disediakan oleh, | | Disahkan oleh, | ||
| ..................................................... | | ...................................................... | ||
| Nama | Mariam Mohamad Kamal | | Nama | Mohamad Kelana bin Mat |
| Jawatan | S/usaha Panitia BM | | Jawatan | Ketua Panitia BM |
| Tarikh | 11.01.2010 | | Tarikh | 12.01.2010 |
| Kehadiran: | | ||
| 1. | En. Ikhwan Dahlan | 5. | En. Yusuf Hj. Uni |
| 2. | En. Mohamad Kelana Hj. Mat | 6. | Pn. Dyg. Rosni Awg. Chee |
| 3. | En. Wahab Batu | 7. | Pn. Suriani Mohd Kameri |
| 4. | Cik Mariam Mohamed Kamal | 8. | En. Malek Baie |


0 tinggalkan Comments Anda:
Post a Comment