Showing posts with label isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label isu Semasa. Show all posts

Bantuan RM100 pelajar mula diagih





KUALA LUMPUR 15 Jan. -
 Sebanyak 4.98 juta murid pelajar sekolah di seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang yang mula diagihkan hari ini.
Bantuan kali kedua di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memperuntukkan dana sebanyak RM540 juta bertujuan membantu perbelanjaan persekolahan pada awal tahun.
Berteraskan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, bantuan itu mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkannya sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat.
Seperti tahun lalu, wang bantuan berkenaan diberikan kepada semua murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah yang belajar di sekolah kerajaan termasuk sekolah Cina dan India tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.
Bukan setakat sekolah kerajaan sahaja, lebihan daripada RM540 juta bantuan tersebut akan turut disalurkan kepada sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri.


Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd


P/s :
Untuk Murid-Murid Sk.Tanjong Apong, Asajaya....Harap Semua Bersabar ..Sebarang maklumat akan di beritahu kemudian..TQ..