MESYUARAT PANITIA  KAJIAN TEMPATAN SK TG.APONG



Tarikh :          18.01.2012 (Rabu)

Masa :           01.30 petang

Tempat :        Bilik Mesyuarat SK Tanjong Apong

Kehadiran :   1. En.Junaidi bin Hj.Hassan

                      2. En.Yusuf bin Hj.Uni

                      2. Pn.Saadiah bt.Ghazali

                      3. Pn. Masitah bt.Hj.Borhan



Agenda

  1. Aluan Pengerusi (Ketua Panitia)
  2. Rancangan Pelajaran
  3. Aktiviti Sampingan
  4. Hal-hal lain




Bil.

Agenda/Perkara

Tindakan

1.

Aluan Pengerusi
1.1  Ketua Panitia mata pelajaran Kajian Tempatan, selaku pengerusi mengalu-alu serta berterima kasih atas kehadiran ahli-ahli sama ada yang mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan ataupun tidak.Beliau menjelaskan, biarpun ada ahli yang tidak terlibat mengajar secara langsung mata pelajaran tersebut, namun kita perlu mengetahui kandungan
isi satu-satu mata pelajaran bagi proses penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran.





Semua AJK /
Guru mata pelajaran

2.

Rancangan Pelajaran
2.1 Seperti mata pelajaran lain, Kajian Tempatan perlu
      perancancangan yang lebih teliti, lebih-lebih lagi peruntukan
      masa cuma 60 minit dalam seminggu, dengan isi kandungan
      yang luas.
2.2 Pengajaran Kajian Tempatan bermatlamat ”Melahirkan
      murid yang berpengetahuan tentang hubungan mereka
      dengan masyarakat, mengapresiasi warisan sejarah
      negara,alam sekeliling serta kejayaan yang dicapai oleh
      negara ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang
      harmonis, penyayang dan sentiasa mensyukuri nikmat  
      Tuhan”.Matlamat tersebut perlu dihayati dalam merancang
      Untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran setiap Topik
      dan Sub Topik, agar segala objektif perancangan tercapai.
2.3 Rancangan Tahunan hendaklah dirancang berpandukan
       Sukatan dan Huraian Sukatan yang dikeluarkan oleh
       Kementerian Pelajaran Malaysia.Dalam membuat
       Perancangan Tahunan mata pelajaran Kajian Tempatan
       sekurang-kurangnya terdapat perkara berikut :

    









Semua AJK /
Guru mata
pelajaran

Bil

Perkara/Agenda

Tindkan

    
 ( i ) Tema/Topik
      ( ii ) Hasil Pembelajaran
      ( iii) Cadangan aktiviti
      ( iv )Refleksi
2.4 Untuk membuat Rancangan Harian/Mingguan guru-guru
       boleh meringkas tulisan sebab mungkin ruangan dalam
       buku Persediaan Mengajar yang agak terhad kerana secara
       keseluruhannya guru mengajar lebih daripada dua mata
       pelajaran.



Semua AJK /
Guru mata
pelajaran

3.

Aktiviti Sampingan
3.1 Guru-guru/ahli-ahli Panatia Kajian Tempatan boleh
       bekerjasama dengan guru-guru mata pelajaran lain untuk
       merancang aktiviti di luar masa P & P sebagai pengukuhan
       pengetahuan dan pembelajaran murid-murid.
3.2  Antara aktiviti-aktiviti cadangan ialah :
       ( i ) Melukis/mewarna Jajur Gemilang/Bendera Negeri
       ( ii ) Keratan Akhbar (Sejarah Negara/Pemimpin Negara/
              Rencana & Puisi Patriotik dan lain-lain aktiviti yang
              Sesuai dan berkaitan)
       ( iii )Mural/ Cogan Kata/Papan Tanda/Melukis Peta sekolah





Semua AJK /
Guru mata
pelajaran

4

Hal-hal lain
4.1 Apa-apa maklumat terkini yang berkaitan dengan mata
      pelajaran Kajian Tempatan akan dimaklumkan kepada
      semua.
        Apa-apa cadangan aktiviti perlu dirancang dan dibincang.







Penangguhan Mesyuarat dicadangkan oleh Cikgu Junaidi dan disokong oleh Cikgu Masitah pada jam 02.00 petang






Dicatat oleh:                                                                  Disemak dan diperaku oleh:







.............................................                                              ......................................

(MASITAH BT.HJ.BORHAN)                                              ( YUSUF BIN HJ.UNI)

Setiausaha                                                                    Ketua Panitia Kajian Tempatan


0 tinggalkan Comments Anda: