Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Tarikh              : 19.01.2012
Masa                : 2.00 petang
Tempat            : Pusat Sumber SK Tanjong Apong

Kehadiran       :         

1. Encik Yusuf
2. Encik Jidi
3. Encik Taib
4. Puan Sa’adiah

Agenda           :

1. Kata-kata aluan
2. Penubuhan AJK Panitia
3. Persediaan mengajar harian
4. Huraian sukatan pelajaran dan rancangan tahunan
5. Aktiviti tahunan
6. Hal-hal lain

1.      Kata-kata aluan

Ketua Panitia mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

2.      Penubuhan AJK Panitia

2.1 Penubuhan AJK Panitia ditubuhkan dan ahli-ahli terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Ketua Panitia: Encik Jidi Nyoher

Setiausaha:    Encik Taib

Ahli-ahli:      Encik Yusuf
                      Puan Saadiah

2.2 Berikut adalah guru-guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan mengikut Tahun.

KELAS
PENDIDIKAN JASMANI
PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 1
ENCIK YUSUF
ENCIK TAIB
TAHUN 2
ENCIK JIDI
PUAN SAADIAH
TAHUN 3
ENCIK JIDI
ENCIK JIDI
TAHUN 4
ENCIK YUSUF
ENCIK YUSUF
TAHUN 5
ENCIK YUSUF
ENCIK YUSUF
TAHUN 6
ENCIK TAIB
ENCIK TAIB

                              

3.      Persedian Mengajar Harian

                        Ketua Panitia memberi contoh format dalam menyediakan persedian mengajar harian.

Tunjang                             :
Tajuk/ unit                         :
Hasil pembelajaran            1) Kognitif:
                                          2) Afektif:
                                          3) Psikomotor:
     Aktiviti/ langkah               :
BBM/ ABM                     :
Refleksi                            :

Walaubagaimanapun, cara penulisan persediaan mengajar harian yang lain juga boleh digunapakai mengikut kesesuaian memandangkan Tahun 1 dan 2 adalah KSSR buat masa ini.

4.      Huraian sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran tahunan

Ketua Panitia meminta agar guru-guru yang memiliki rancangan pengajaran tahunan agar menyerahkan salinannya kepada beliau untuk simpanan dalam fail panitia.

Format Rancangan Pengajaran Tahunan

Minggu
Tunjang/kecerdasan
Tajuk
Objektif
Kemahiran
Catatan






















  Aktiviti tahunan

5.1 Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti yang akan dijalankan oleh panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sepanjang tahun ini.

5.1.1        Senaman dan latihan kecergasan untuk semua atlit sekolah

-          Cadangan tarikh  adalah pada sebulan atau dua bulan sebelum kejohanan MSSR peringkat Daerah.                     

                                           ( Tindakan Guru-guru Pendidikan Jasmani dan jurulatih)

5.1.2    Membersih dan mengemas stor PJK

      -     Cadangan tarikh pada awal tahun iaitu antara bulan Januari hingga Mei dan akhir tahun sebelum cuti akhir tahun untuk pengiraan stok barang PJ.

                                                           (Tindakan semua guru PJ)
5.1.3        Mewarna poster kesihatan

-          Cadangan aktiviti dilakukan adalah semasa kelas Pendidikan Kesihatan dilakukan di dalam kelas.

                                        ( Kumpulan sasaran: Semua murid tahap 1 dan tahap 2)

6.      Hal-hal lain

6.1 Stor PJ perlu dibuka dan dikunci sendiri oleh guru selepas digunakan untuk mengelakkan sebarang perkara yang diingini berlaku.

6.2 Dewan dan padang boleh digunakan semasa aktiviti pendidikan Jasmani dilakukan dan pastikan murid menggunakan kasut semasa aktiviti Pendidikan Jasmani dilakukan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh:                                                        Disahkan oleh:
.......................................                                            ..............................
(TAIB BIN AHMAD)                                                (JIDI ANAK NYOHER)
Setiausaha Panitia Pendidikan                                    Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Jasmani dan Kesihatan                                                dan Kesihatan
SK Tanjong Apong                                                     SK Tanjong Apong

0 tinggalkan Comments Anda: