MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN
Tarikh : 18.01.2012 (Rabu)
Masa : 01.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tanjong ApongKehadiran : 1. En.Junaidi bin Hj.Hassan
2. En.Yusuf bin Hj.Uni
2. Pn.Saadiah bt.Ghazali
3. Pn. Masitah bt.Hj.Borhan
Agenda
- Aluan Pengerusi (Ketua Panitia)
- Rancangan Pelajaran
- Aktiviti Sampingan
- Hal-hal lain
Bil. | Agenda/Perkara | Tindakan | |
1. | Aluan Pengerusi 1.1 Ketua Panitia mata pelajaran Kajian Tempatan, selaku pengerusi mengalu-alu serta berterima kasih atas kehadiran ahli-ahli sama ada yang mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan ataupun tidak.Beliau menjelaskan, biarpun ada ahli yang tidak terlibat mengajar secara langsung mata pelajaran tersebut, namun kita perlu mengetahui kandungan isi satu-satu mata pelajaran bagi proses penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran. | Semua AJK / Guru mata pelajaran | |
2. | Rancangan Pelajaran 2.1 Seperti mata pelajaran lain, Kajian Tempatan perlu perancancangan yang lebih teliti, lebih-lebih lagi peruntukan masa cuma 60 minit dalam seminggu, dengan isi kandungan yang luas. 2.2 Pengajaran Kajian Tempatan bermatlamat ”Melahirkan murid yang berpengetahuan tentang hubungan mereka dengan masyarakat, mengapresiasi warisan sejarah negara,alam sekeliling serta kejayaan yang dicapai oleh negara ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, penyayang dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan”.Matlamat tersebut perlu dihayati dalam merancang Untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran setiap Topik dan Sub Topik, agar segala objektif perancangan tercapai. 2.3 Rancangan Tahunan hendaklah dirancang berpandukan Sukatan dan Huraian Sukatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Dalam membuat Perancangan Tahunan mata pelajaran Kajian Tempatan sekurang-kurangnya terdapat perkara berikut : | Semua AJK / Guru mata pelajaran | |
Bil | Perkara/Agenda | Tindkan | |
( i ) Tema/Topik ( ii ) Hasil Pembelajaran ( iii) Cadangan aktiviti ( iv )Refleksi 2.4 Untuk membuat Rancangan Harian/Mingguan guru-guru boleh meringkas tulisan sebab mungkin ruangan dalam buku Persediaan Mengajar yang agak terhad kerana secara keseluruhannya guru mengajar lebih daripada dua mata pelajaran. | Semua AJK / Guru mata pelajaran | ||
3. | Aktiviti Sampingan 3.1 Guru-guru/ahli-ahli Panatia Kajian Tempatan boleh bekerjasama dengan guru-guru mata pelajaran lain untuk merancang aktiviti di luar masa P & P sebagai pengukuhan pengetahuan dan pembelajaran murid-murid. 3.2 Antara aktiviti-aktiviti cadangan ialah : ( i ) Melukis/mewarna Jajur Gemilang/Bendera Negeri ( ii ) Keratan Akhbar (Sejarah Negara/Pemimpin Negara/ Rencana & Puisi Patriotik dan lain-lain aktiviti yang Sesuai dan berkaitan) ( iii )Mural/ Cogan Kata/Papan Tanda/Melukis Peta sekolah | Semua AJK / Guru mata pelajaran | |
4 | Hal-hal lain 4.1 Apa-apa maklumat terkini yang berkaitan dengan mata pelajaran Kajian Tempatan akan dimaklumkan kepada semua. Apa-apa cadangan aktiviti perlu dirancang dan dibincang. | ||
Penangguhan Mesyuarat dicadangkan oleh Cikgu Junaidi dan disokong oleh Cikgu Masitah pada jam 02.00 petang | |||
Dicatat oleh: Disemak dan diperaku oleh:
............................................. ......................................
(MASITAH BT.HJ.BORHAN) ( YUSUF BIN HJ.UNI)
Setiausaha Ketua Panitia Kajian Tempatan
0 tinggalkan Comments Anda:
Post a Comment