MAIN MENU
Jemput Gotong-royong Perdana Sk Tanjong Apong 2013
Assalamualaikum...
Dengan hormat dan sukacitanya menjemput Tuan/Puan untuk menyertai gotong - royong perdana
Sk Tanjong Apong.
Hari : Sabtu
Tuan/Puan digalakkan membaca peralatan yang diperlukan untuk kerja-kerja seperti :
- Menyimen kawasan lapang untuk perhimpunan
- menebas semak di bahagian luar pagar sekolah
- memotong dahan pokok dan menanam bunga
-Membaiki perabot yang rosak
- dan lain -lain lagi..
Kehadiran serta buah fikiran tuan/puan amat kami harapkan..
sekian.. terima kasih....
Dengan hormat dan sukacitanya menjemput Tuan/Puan untuk menyertai gotong - royong perdana
Sk Tanjong Apong.
Hari : Sabtu
Tarikh : 2 Mac 2013
Masa : 7.30pagi
Tempat : Astaka Sk Tanjong Apong
Tuan/Puan digalakkan membaca peralatan yang diperlukan untuk kerja-kerja seperti :
- Menyimen kawasan lapang untuk perhimpunan
- menebas semak di bahagian luar pagar sekolah
- memotong dahan pokok dan menanam bunga
-Membaiki perabot yang rosak
- dan lain -lain lagi..
Kehadiran serta buah fikiran tuan/puan amat kami harapkan..
sekian.. terima kasih....
KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2013
TEMPAT : SURAU SK TANJONG APONG, ASAJAYA
TARIKH : 15 FEBRUARI 2013 (JUMAAT)
MASA : 11.30 AM - 4.00 PM
ANJUARAN : GURU j-QAF, GURU P.ISLAM & GURU KAFA
MATLAMAT KEM :
Kem Bestari Solat adalah satu program j-Qaf yang dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tatacara berwudhuk dan pelaksanaan solat , di samping memastikan murid-murid boleh berwudhuk dan menunaikan solat dengan betul dan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.
Bantuan RM100 pelajar mula diagih
KUALA LUMPUR 15 Jan. -
Sebanyak 4.98 juta murid pelajar sekolah di seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang yang mula diagihkan hari ini.
Bantuan kali kedua di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memperuntukkan dana sebanyak RM540 juta bertujuan membantu perbelanjaan persekolahan pada awal tahun.
Berteraskan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, bantuan itu mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkannya sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat.
Seperti tahun lalu, wang bantuan berkenaan diberikan kepada semua murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah yang belajar di sekolah kerajaan termasuk sekolah Cina dan India tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.
Bukan setakat sekolah kerajaan sahaja, lebihan daripada RM540 juta bantuan tersebut akan turut disalurkan kepada sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri.
Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd
P/s :
Untuk Murid-Murid Sk.Tanjong Apong, Asajaya....Harap Semua Bersabar ..Sebarang maklumat akan di beritahu kemudian..TQ..
2.1.2013
WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA
Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Hadis Kedua Puluh
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu agama.
Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain

Subscribe to:
Posts (Atom)