PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

MINIT MESYUARAT PANITIA  KEMAHIRAN HIDUP

Tarikh:    19 Januari 2012
Masa:      1000-1030
Tempat:   Bilik Mesyuarat SK Tanjong Apong
Kehadiran: 1.Cikgu Junaidi bin Hassan  ( Penolong Kanan Kurikulum)
                      2. Cikgu Mariam Mohd Kamal ( Ketua Panitia )
                      3. Cikgu Taib bin Ahmad ( Setiausaha )
Agenda: 1.Ucapan Alu-aluan Pengerusi
                2.Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
                3..Carta Organisasi
                4.Visi dan Misi
                5.Pancangan Pelajaran Tahunan dan Harian
                6.Aktiviti
                7.Peralatan  Kemahiran Hidup
                8..Hal-hal lain.
Bil
Agenda/Perkara
Tindakan
1.
1.1 Ucapan alu-aluan pengerusi.

1.1.1Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan semua guru yang mengajar Kemahiran  Hidup.


2.
2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 .1 Cikgu Taib -Pencadang
2.1.2 Cikgu Junaidi- Penyokong

Makluman Guru
3.
3.1 Carta Organisasi

3.1.1 Pengerusi memaklumkan carta organisasi Panitia Kemahiran HIdup.
Penasihat


Puan Rohani bt Naneng( Guru Besar )
 


Ketua Panitia
Cikgu Mariam bt Mohd Kamal
 


Setiausaha
Cikgu Taib bin Ahmad
 


Ahli
Semua Guru Kemahiran Hidup
Makluman Guru
4.
4.1  Visi

Ø  Bersatu Untuk Kecemerlangan
4.2 Misi

Ø  Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Ø  Penglibatan semua pelajar dalam aktiviti pembelajaran Kemahiran Hidup.
Ø  Memastikan murid dapat mengikuti kemahiran yang diajar.
Ø  Memastikan murid berasa seronok dalam setiap pengajaran yang diajar.



5.
5.1 Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian

5.1.1  Pengerusi mengingatkan  kepada semua guru KH bahawa  mata pelajaran Kemahiran Hidup perlu perancangan yang lebih teliti ,lebih-lebih lagi peruntukan  masa cuma 60 minit dalam seminggu, dengan isi kandungan yang luas.

5.1.2 Rancangan Tahunan hendaklah dirancang  berpandukan  Sukatan dan Huraian Sukatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.1.3 Pengisian Rancangan Harian guru-guru boleh meringkas tulisan mungkin ruangan dalam buku persediaan mengajar yang agak terhad  kerana keseluruhannya  guru mengajar lebih daripada dua mata pelajaran.

(i) Bidang
(ii) Unit
(iii) Tajuk Pembelajaran
(iv) Hasil Pembelajaran
(v) Objektif Pembelajaran


Makluman Guru
6.
6.1 Aktiviti

6.1.1 Pengerusi meminta kerjasama  semua guru KH dan mata pelajaran lain untuk merancang aktiviti di luar masa pengajaran dan pembelajaran sebagai pengukuhan dan pengetahuan pembelajaran murid-murid.

6.1.2 Antara aktiviti-aktiviti cadangan ialah:

Ø  Projek Tanaman Sayuran
Ø  Menanam Tanaman Hiasan
Ø  Menggalakkan setiap kelas Tahap 2 mempunyai akuarium  sendiri.
Makluman Guru
7.
7.1  Peralatan Kemahiran Hidup

7.1 .1Pengerusi mengingatkan peralatan peminjaman  alatan KH hendaklah direkodkan.

Makluman  Guru
8.
8.1 Perkara-Perkara Lain

8.1.1 Mengadakan ujian semester  dan penilaian  bagi   Pengajaran Kemahiran Hidup. 


Makluman Guru
9.
9.1 Ucapan Penangguhan

9.1.1 Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali pertama 2012 ditangguhkan pada jam  1030 pagi dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi majlis.                     
                              





MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 

HARI
:
Isnin
TARIKH
:
16 / 01/ 2012
MASA
:
1300
TEMPAT
:
Bilik Mesyuarat SK. Tanjung Apong



AGENDA
PERKARA
TINDAKAN
1
Ucapan Alu-aluan daripada Ketua Panitia / Pengerusi Mesyuarat
Semua yang hadir
1.1
Encik Md. Kelana selaku Pengerusi Mesyuarat,  mengucapkan terima kasih di atas kehadiran para ahli Panitia Bahasa Melayu
2
Perlantikan Semula Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu
2.1
Semua yang hadir bersetuju untuk melantik semula AJK Panitia Bahasa Melayu SK. Tanjung Apong 2012  seperti yang berikut:

Pengerusi
:
En. Mohamad Kelana bin Mat

Setiausaha
:
Cik Mariam Mohamad Kamal

Bendahari
:
Pn. Dyg. Rosni Awg. Che

AJK
:
En. Yusuf


:
En. Wahab Batu


:
En. Ikwan Dahlan


:
Pn. Suriani Mohd Kameri

3.
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
Guru BM setiap kelas
3.1
Cik Mariam menyarankan semua guru BM mendapatkan RPT yang terbaru dari internet
3..1
En. Malek meminta semua guru B. Melayu agar melengkapkan ruangan “Refleksi” pada setiap P&P
3.2
Penyemakan Buku Latihan Murid
3.2.1
En. Ikhwan sekali lagi mengingatkan guru-guru  BM agar menyemak buku latihan murid pada masa-masa yang terluang [disegerakan jika mampu]
3.2.2
Semakan hendaklah disertakan dengan catatan berbentuk motivasi (sama ada diberi gred/markah/kata-kata perangsang), bukan hanya sekadar mencatatkan tarikh buku disemak.
3.3
Masalah P&P
Semua guru
3.3.1
Semua bersetuju bahawa masalah-masalah berkaitan P&P dalam setiap kelas akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

3.4
Penyediaan Kertas Ujian
Guru BM setiap kelas
3.4.1
Kertas Ujian Bulanan
3.4.1.1
Semua ahli sedia maklum dan setuju bahawa soalan-soalan untuk ujian bulanan berasaskan pada kemahiran yang telah diajar sahaja.
3.4.1.2
Format Kertas Ujian Bulanan adalah berdasarkan UPSR untuk Tahap 2, manakala untuk Tahap I,  perlu juga disediakan ujian pemahaman dan Penulisan namun dalam bentuk-bentuk yang lebih mudah mengikut aras kemahiran murid dan kemahiran yang telah diajar.
3.4.1.3
Jumlah soalan Ujian Bulanan adalah tidak terikat pada jumlah soalan sebenar UPSR.
3.4.2
kerrtas Ujian Penggal
3.4.2.1
En. Wahab mencadangkan supaya Format Tahap 1 dan Tahap 2 dibuat seragam iaitu mengikut Format UPSR. Namun begitu, aras untuk Tahap 1  mesti bersesuaian dengan kemahiran yang telah diajar.
3.5
Aktiviti Tahunan
Semua Guru BM dan AJK yang akan dilantik
3.5.1
En. Wahab mencadangkan agar Pertandingan Bercerita Tahap 2 diteruskan. Kali ini Tahap 1 juga dilibatkan. Manakala Kuiz Bertulis diadakan untuk murid Pra-Sekolah.
3.5.2
En. Kelana mencadangkan dijalankan Peraduan Menulis Karangan untuk Tahap 2.
4
Hadiah untuk setiap aktiviti
4.1
Sumber
4.1.1
Akan dibincangkan dengan pihak sekolah dan PIBG
4.2
Bentuk / jenis hadiah
4.2.1
Akan dibincangkan semula dalam mesyuarat aktiviti nanti
5
Hal-hal Lain

6
Penangguhan Mesyuarat

6.1
En. Malek mohon mesyuarat ditangguh, disokong oleh En. Ikwan. Mesyuarat ditangguh pada jam 1355.






Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.....................................................


......................................................
Nama   
Mariam Mohamad Kamal

Nama
Mohamad Kelana bin Mat
Jawatan
S/usaha Panitia BM

Jawatan
Ketua Panitia BM
Tarikh
11.01.2010

Tarikh
12.01.2010



Kehadiran:

1.
En. Ikhwan Dahlan
5.
En. Yusuf Hj. Uni
2.
En. Mohamad Kelana Hj. Mat
6.
Pn. Dyg. Rosni Awg. Chee
3.
En. Wahab Batu
7.
Pn. Suriani Mohd Kameri
4.
Cik Mariam Mohamed Kamal
8.
En. Malek Baie