PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual
Tahun 2012

Tarikh              : 19.01.2012
Masa                : 3.00 petang
Tempat            : Bilik Kelas Tahun Lima
Kehadiran       : Semua guru Pendidikan Seni Visual
1. Ustazah Hajah Siti Hawa Salim
2. Encik Jidi Nyoher
3. Puan Masitah Hj. Borhan

Agenda           :
1. Kata-kata aluan
2. Penubuhan AJK Panitia
3. Persediaan mengajar harian
4. Huraian sukatan pelajaran dan rancangan tahunan
5. Aktiviti tahunan
6. Hal-hal lain

1.      Kata-kata aluan
Ketua Panitia mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual.
2.      Penubuhan AJK Panitia
2.1 Penubuhan AJK Panitia ditubuhkan dan ahli-ahli terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Ketua Panitia: Ustazah Hajah Siti Hawa Salim
Setiausaha:   Encik Jidi Nyoher
Ahli-ahli:     Puan Masitah Hj. Borhan
1.      Persedian Mengajar Harian
                        Ketua Panitia memberi contoh format dalam menyediakan persedian mengajar harian.
Bidang                              :
Tema                                 :
Tajuk                                 :
Hasil pembelajaran            :
Aktiviti/ langkah               :
BBM/ ABM                      :
Refleksi                             :

Walaubagaimanapun, cara penulisan persediaan mengajar harian yang lain juga boleh digunapakai mengikut kesesuaian memandangkan Tahun 1 dan 2 adalah KSSR buat masa ini.

2.      Huraian sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran tahunan
Ketua Panitia meminta agar guru-guru yang memiliki rancangan pengajaran tahunan agar menyerahkan salinannya kepada beliau untuk simpanan dalam fail panitia.
Format Rancangan Pengajaran Tahunan
Minggu
Bidang
Tajuk
Objektif
Kemahiran
Catatan





















5.1 Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti yang akan dijalankan oleh panitia Pendidikan Seni Visual sepanjang tahun ini.
5.1.1        Pertandingan kad ucapan sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
-          Cadangan tarikh  adalah pada bulan Mei.                 
               ( Tindakan Guru-guru Pendidikan Seni Visual)
5.1.2    Pertandingan mewarna bunga kebangsaan Malaysia iaitu Bunga Raya untuk tahap 1 dan melukis poster yang berkaitan dengan tema bagi tahap 2 sempebna sambutan Hari Kebangsaan.
      -     Cadangan tarikh adalah pada bulan Ogos.
                                  (Tindakan semua guru PSV)
5.1.3        Pertandinagn karaoke untuk semua warga SK Tanjong Apong yang berminat dan wakil setiap rumah sukan sempena sambutan Aidil Fitri. Pertandingan diadakan semasa majlis ramah tamah Aidil Fitri.
-          Cadangan aktiviti dilakukan adalah selepas Hari Raya Aidilfitri.
     ( Kumpulan sasaran: Semua warga sekolah)
 4.      Hal-hal lain
6.1 Ketua panitia memberitahu tentang segala peralatan dan alat untuk Pendidikan Seni Visual ada disediakan di dalam bilik guru. Beliau menasihat  agar semua alat-alat yang berkaitan Pendidikan Seni perlu dijaga dan digunakan dengan baik kerana ia adalah tanggungjawab bersama untuk menjaganya.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh:                                                       
........................................                                          
(JIDI ANAK NYOHER)                                          
Setiausaha Panitia Pendidikan                              
Seni Visual                                                                                 
SK Tanjong Apong                                                 
2012.                                                                        

0 tinggalkan Comments Anda: